Wednesday, March 3, 2010


Ahli kongres mengesahkan satu akta yang telah diluluskan dalam perjumpaan rang undang-undang secara demokrasi dengan serta merta. Akta ini diwujudkan setelah sekian lama penduduk Argentina menghadapi satu pemberontakan yang dahsyat. Penduduk di sekitar kawasan itu sangat mengambil tahu akan perihal perpindahan Galimbarti yang telah diarahkan oleh Peron setelah pemuda-pemuda Peron mengancam untuk menubuhkan pasukan militan. Peron dianggap seperti wira Negara disebabkan oleh perancangan yang teliti beliau sehingga boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan berlaku pada 25 May.

Sesungguhnya fenomena yang berlaku ini sangat unik. Peron sanggup melakukan apa sahaja bagi membela nasib penduduk dengan perancangan tepat yang dilaksanakan. Setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kemahiran yang ada padanya dan segalanya tidak didedahkan. Tambahan pula, dalam tulisan Jose Luis Romero, beliau ada menyatakan Romero adalah orang penting pengganti tokoh-tokoh sejarah dahulu. Peron berkongsi perasaan dengan begitu bersemangat setelah melalui pelbagai pengalaman. Ahli-ahli Peron yang sanggup berjuang adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan ahli politik yang telah mengembalikan kegemilangan pemimpin-pemimpin terdahulu. Pada tahun 1945, hasil daripada usaha pemimpin-pemimpin ini, pusat kebajikan negeri dapat mengagihkan kemudahan dan kesenangan kepada penduduk setempat. Peron merupakan pahlawan ketiga di dunia yang mendatangkan perubahan kepada tanah airnya dengan kejayaannya menyingkirkan pengkhianat melalui caranya yang tersendiri dan beliau juga adalah harapan untuk memimpin Negara dan menyemarakkan semula potensi penduduk.

Namun begitu, bagi pewaris pergerakan anti-komunis, mereka melihat Peron sebagai seorang perwira yang akan membanteras ketua-ketua pergerakan lain yang menggunakn pelbagai cara untuk menawan kawasan itu. Bagi orang pertengahan dan atasan, yang baru menyedari kehebatan Peron, mereka menganggap Peron sebagai pelindung dan pemimpin yang tidak mempunyai kepentingan peribadi. Peron yang juga digelar ‘singa herbivor’ ini juga diharap dapat mengatasi segala konflik dan membangunkan semula kawasan ini serta memimpin Negara untuk mencapai pembangunan ekonomi yang mantap bagi merealisasikan matlamat Argentina sebagai sebuah kuasa besar. Peristiwa yang paling mengejutkan ialah pada tahun 1973, Peron telah berjaya mendamaikan banyak pihak dan menyeru pemimpin-pemimpin terdahulu untuk kembali ke Argentina. Pada 1 Mac 1973, Argentina telah memenangi undian secara besar-besaran dalam menentang pasukan tentera dan mereka menumpahkan taat setia serta percaya bahawa tiada pengkhianat yang akan kembali ke Argentina. Pengundi tidak mengundi dari pilihan yang diberikan, tetapi mereka lebih mengutamakan faktor social, politik dan ketenteraan bagi memulihkan dan meleraikan konflik yang sedia ada.



1973: Satu Keseimbangan

Faktor yang menyebabkan sesuatu kekejaman dan pertelingkahan adalah dari ekonomi yang tidak stabil, perncangan yang sering berubah, janji yang tidak ditepati dan kekecewaan yang berterusan. Walaupun begitu, jika dilihat dari perspektif yang berbeza dan merenung semula peristiwa lalu, terdapat kelebihan yang diperoleh daripada bencana yang dahsyat pada tahun 1973 kerana pada masa itu ekonomi dapat dilaksanakan secara saksama dan dapat bertahan sehingga tahun 1975.


Pencapaian yang paling menonjol ialah dari sektor pertanian di kawasan Pampa bermula dari awal 1960-an dan bertahan sehingga tahun 1980-an. Pencapaian ini dilihat sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya yang mengalami kejatuhan dan kemunduran yang teruk. Namun begitu, segalanya beerubah pada tahun yang bertuah ini apabila Argentina dapat memenuhi keperluan makanan dan permintaan pasaran. Selain itu, mereka turut mengeluarkan bijiran dan minyak khususnya bagi Negara-negara jiran bagi menikmati faedah kenaikan harga minyak dan memulakan pembangunan industri.

Kawasan pertanian Pampa mengalami perubahan yang ketara daripada sebuah kawasan pedalaman yang mengekalkan tradisi turun menurun sehingga menjadi sebuah kepulauan ekonomi yang moden dan urban. Contohnya, penanaman buah-buahan di Lembah Rio Negro. Pihak kerajaan negeri berusaha menjalankan pelbagai promosi dengan pelbagai cara bagi menarik minat pelabur untuk melabur selain dari langkah-langkah sistematik dari Institut Teknologi Kajian Pertanian Negeri (INTA). Walaupun telah mengalami beberapa perubahan sehingga menjadi sebuah bandar yang moden, mereka masih mengekalkan tradisi yang telah diamalkan turun-temurun dan melakukan pengubahsuaian dengan kaedah-kaedah tertentu. Bukti permodenan kawasan ini dapat dilihat dari kesan-kesan ekonomi yang berlaku di kawasan ini. Selain itu, industri pembuatan traktor, alat penuaian, gudang simpanan gandum serta gudang-gudang lain melengkapkan sektor pertanian.

No comments:

Post a Comment